My title page contents

Monday 20 June 2011

SOALAN & JAWAPAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Ok, kali ini saya menjawab soalan-soalan korang yang rajin bertanya hal-hal ni :

1-Kenapa bila saya makan vco/collagen ni makin banyak jerawat naik? Nanah-nanah pun ada?
2-Kenapa kulit jadi gatal eh? Kenapa badan rasa letih je?  
3- Kenapa rasa macam dahaga giler sejak makan vco/collagen? pening-pening pun ade.

Biar saya terangkan mengenai perkara ini :

VCO / Collagen from Catalyst adalah diperbuat dari sumber semulajadi. Namun, adakah orang yang tidak serasi dengan supplement atau minuman/makanan kesihatan ni ? Sebenarnya ada 3 jenis golongan yang merasakan mereka tidak serasi dengan VCO/ Collagen :

1. Yang mengalami rasa nak demam, pening, rasa nak muntah, etc. bila mengambil supplement.
2. Yang merasakan tiada apa-apa perubahan terhadap dirinya
3. Yang mengalami masalah seperti ruam-ruam, gatal-gatal dan sebagainya.

Penerangan:
Golongan (1) adalah mereka yang mengalami healing crisis atau krisis penyembuhan.
Golongan (2) adalah mereka yang menghadapi masalah penyerapan vitamin oleh sebab2 tertentu.
Golongan (3) adalah mereka yang alergi pada supplement yang mengandungi herba contohnya alfalfa.

Krisis penyembuhan atau healing crisis adalah kesan yang dapat dirasai oleh mereka yang mengambil makanan tambahan. Ini berlaku bila tubuh kita yang yang banyak radikal bebas mula membebaskan toksin dan membina semula sel-sel tubuh, hasil dari pengambilan pemakanan tambahan. Pengambilan makanan bernutrisi tinggi membuatkan nutrien ini bertindakbalas dengan oksigen dan menjadikan sistem dalaman kita lebih cergas bekerja. Oleh yang demikian, tisu-tisu dan sel-sel mula membuang toksin. Jadi, mereka yang pertama kali mengambil nutrien bermutu ini akan mula berasa tak sedap badan, mungkin nak demam, sakit kepala, sakit pinggang, muntah-muntah dan sebagainya.

KENAPA PROSES PEMBUANGAN TOKSIN BOLEH MENDATANGKAN KESAN MACAM TU?

Sebenarnya ia bukan kesan sampingan atau side effect, sebaliknya tindak balas normal, dan sekiranya anda menghadapi krisis penyembuhan ia adalah petanda yang elok. Maknanya sistem badan anda mula bekerja untuk menjana sel-sel baru dalam tubuh. Umpama sebuah tangki yang berkarat di bahagian dalamnya. Apabila dibersihkan, maka keluarlah karat-karatnya, lalu tinggallah tangki yang bersih. Tubuh kita seperti tangki itu yang penuh dengan karat. Oleh itu, seperti karat-karat yang keluar bila dia dibersihkan, toksin dan benda bahaya akan keluar dari badan kita bila mengambil supplement. Untuk mengurangkan kesan healing crisis anda perlu minum sekurang-kurangnya 3 liter air sehari.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012 Reserved to Catalyst Life
Designed by Kay SBK